-->

Dr M: Kita bergaduh Yahudi pun ketawa

Dr M: Kita bergaduh Yahudi pun ketawa
Dr M: Kita bergaduh Yahudi pun ketawa


Dr M: Kita bergaduh Yahudi pun ketawa


Yahudi dan Amerika Syarikat akan ketawa sekiranya melihat orang Islam saling bunuh-membunuh sesama sendiri kerana perbezaan pendapat, kata bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad.

Katanya hal ini terjadi sekiranya orang Islam terlalu menekankan perbezaan antara mereka.

“Orang Islam berbunuh sesama sendiri. Yang gelak ketawa puak Yahudi dan AS.

“Mereka ketawa kerana orang Islam sudah buat kerja mereka. Ini yang berlaku bila kita membezakan sangat,” katanya dalam majlis malam inspirasi pejuang anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) di Shah Alam malam ini.

Mahathir berkata demikian dalam ucapannya mengenai percakaran antara golongan Syiah dan Sunni.

Sebelum itu, Tun Mahathir menyatakan bahawa seseorang itu tidak mempunyai hak untuk menuduh seseorang itu bukan Islam hanya berdasarkan penampilan dan fahaman yang dipegang.

"Kita kena terima, walaupun ada perbezaan namun matlamat mereka tetap sama," katanya.

Mengulas lanjut, Mahathir turut mengucapkan rasa syukur beliau kerana keadaan sama tidak berlaku di Malaysia.

"Kita orang Melayu di Malaysia bertuah, kerana kita semua Islam. Kita mengikut mazhab Imam Shafie, jadi tidak harus ada perbezaan pendapat antara kita," katanya.

Selain, beliau turut meminta supaya rakyat di negara ini tidak mengikut contoh perselisihan fahaman agama seperti yang berlaku di Timur Tengah.

"Permusuhan di negara Arab sangat hebat hingga ada berbunuhan.

"Mereka berperang dan berbunuh sesama Islam, walhal mereka semua mengucap dua kalimah syahadah," jelasnya.



Advertisement
==[ Click 2x to Close ]==