-->

Anak Penjual Daging Terima Biasiswa Tertinggi Bank Negara

Anak Penjual Daging Terima Biasiswa Tertinggi Bank Negara
Anak Penjual Daging Terima Biasiswa Tertinggi Bank Negara


Anak Penjual Daging Terima Biasiswa Tertinggi Bank Negara


Seorang anak kepada pembekal daging adalah antara empat pelajar yang terpilih menerima Biasiswa Kijang Emas, biasiswa tertinggi daripada Bank Negara Malaysia (BNM), untuk menyambung pengajian dimana-mana universiti utama dunia.  

Hajar Nur Asyiqin Abdul Zubir, 18, yang memperolehi keputusan cemerlang 9A+dalam Sijil Pelajaran Malaysia berjaya melalui proses temu duga yang ketat selama tiga hari untuk menerima anugerah itu.  

"Ketika ini saya sedang melanjutkan pengajian di Kolej Tuanku Ja'afar diMantin, Negeri Sembilan di peringkat A Level dan selepas itu kalau ada rezeki mahu ke Universiti Oxford.  


"Saya mahu melanjutkan pengajian dalam bidang kimia dan menjadi pakar untuk membantu negara sebaik saja menamatkan pengajian," katanya kepada pemberita di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib (SMART) di sini,Isnin.

Anak bongsu daripada lima beradik itu berkata, untuk memperoleh Biasiswa Kijang Emas perlu bersaing dengan ribuan pemohon selain melalui proses yang ketat. 

"Kami terpaksa melalui pelbagai proses, mulanya kami ditemu duga dalam talian sebelum diminta membuat karangan dalam 250 patah perkataan sebelum 25 calon bagi penerima Biasiswa Kijang Emas dipanggil untuk proses selanjutnya.   

"Di peringkat akhir kami ditemu duga dan mengikuti pelbagai program. Mungkin saya dipilih berdasarkan kepada kemampuan bekerjasama dalam kumpulan serta individu, hanya empat orang sahaja dipilih menerima biasiswa itu,"katanya.   

Sementara itu, Pengetua SMART, Bahtiar Sanusi berkata, pencapaian Hajar Nur Asyiqin itu membanggakan pihak sekolah yang merupakan pelajar pertama sekolah serta di negeri ini menerima pengiktirafan sedemikian.   

"Kita berbangga kerana Hajar Nur Asyiqin berjahya mencatatkan nama sekolah pada anugerah tertinggi BNM dan selepas ini mungkin di Universiti Oxford pula.   "

Ini selaras dengan hasrat supaya pelajar sekolah kita melanjutkan pengajian di 10 universiti terbaik di dunia ketika menyambut Jubli Emas 50 Tahun penubuhan SMART, ia termasuk di Universiti Oxford," katanya.


Advertisement
==[ Click 2x to Close ]==