-->

Pengarah Kecewa Filem Kapsul Diboikot ‘Orang Dalam’ Kerana Ada Tun Mahathir

Pengarah Kecewa Filem Kapsul Diboikot ‘Orang Dalam’ Kerana Ada Tun Mahathir
Pengarah Kecewa Filem Kapsul Diboikot ‘Orang Dalam’ Kerana Ada Tun Mahathir


Pengarah Kecewa Filem Kapsul Diboikot ‘Orang Dalam’ Kerana Ada Tun Mahathir


Minggu hadapan, filem terbaru berjudul Kapsul yang turut menampilkan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir mula ditayangkan di pawagam.

Rata-rata peminat filem tanah air nyata teruja dengan penampilan khas Tun di dalam filem terbabit. Terbaru, pengarah Kapsul meluahkan rasa kecewa di laman Facebook apabila filem terbabit seolah diboikot pada Festival Filem Malaysia ke-27 gara-gara adanya Tun Mahathir.

Faham-faham jela Tun kan ‘lantang’ mengkritik pentadbiran negara sekarang. Ikuti luahan Amru Najmi, pengarah filem ini.


Menurut Amru, filem ini merupakan idea arwah Martias Ali yang tiada bersangkut paut dengan politik langsung malah 100% mengenai perjuangan bangsa Melayu.

Tambah Amru lagi, trailer filem lain yang bakal menjengah pawagam tak lagi ditayangkan semasa FFM27 namun Kapsul dinafikan haknya.

''Aku nak citer jugak.Aku tak peduli.Terus terang aku cakap dalam usia aku 42 tahun ni sekali jer aku pernah mengundi. Dan aku memilih dacing sebab kononnya aku nak bantu parti menang.

Tahun 2014 aku telah mengambil initiatif untuk menerbitkan sebuah filem perjuangan melayu bagi menyatukan bangsa ini.Sekurang-kurangnya aku tidak memekak menjadi keyboard warrior.

Dan memberikan sesuatu untuk bangsa aku melalui filem ini yang idea arwah Martias Ali ini mmg 100% untuk bangsa dan bukan ada isu politik langsung. Skrip beliau telah ditulis tahun 2009 dan tiada olahan dibuat selepas aku mengambilnya.''


katanya lagi..

''#ffm27 telah melukakan hati aku apabila hanya trailer Kapsul tidak ditayangkan. Bravo5, Polis Evo dan filem-filem lain semua ditayangkan.Aku memang dah agak,mungkin sebb Tun M ada dalam filem aku.Aku selalu dengar orang kata,politik ni kotor, dan baru aku perasan kenapa nama Bersih digunakan. Perjuangan harus diteruskan.

Filem Kapsul skrip 2009 ada kisah Tunku, Tun Razak, Najib masa muda dan Tun M. Jangan tanya kenapa PakLah takder…kenapa Najib skrg takder…sebbnya..ianya kisah KAPSUL dan skrip telah lama ditulis sebelum serangan dibuat oleh kedua pihak.

Itulah penjelasan aku…apa orang nak kata dan nak buat…terpulanglah..hanya Allah yang tahu.Tapi yang menyedihkan,msg untuk bangsa yang arwah buat ini adalah satu hasil yang amat terbaik.Sebb tu aku buat filem.''


lagi..

;;Aku bukan Skop Production atau GB atau Tayangan Unggul, dan aku tahu filem sejarah semuanya tak kutip duit.Tapi aku peduli apa. Atas dasar tanggungjawap pada bangsa, aku buat jugak dan habiskan jugak.Aku masih mencari sebb kenapa trailer ini tidak ditayangkan.

Tapi yang pasti, sekiranya ini isu politik, aku berjanji, 3 undi untuk BN akan hilang untuk next PRU (aku tak tahu nak pangkah saper dah). Dan sekiranya filem ini gagal, aku bersyukur pada Allah kerana memberikan aku rezeki menyiapkan sebuah filem untuk bangsa aku sendiri dan MENCIPTA SEJARAH. Sekian. www.filemkapsul.com#kapsulthemovie#filemkapsul p/s kalau orang atasan nak berlakon juga bagitahu la….aku takder contact korang''



Advertisement
==[ Click 2x to Close ]==