PDRM Nafi Beri Diskaun Untuk Saman Trafik
Orang ramai digesa tidak mempercayai penyebaran maklumat yang mengatakan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan potongan harga untuk kesemua saman trafik.
Hal itu dinafikan oleh ketua Trafik pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff, memetik laporan Harian Metro hari ini.
"Maklumat itu palsu. PDRM tidak menawarkan sebarang diskaun saman trafik buat masa ini," ulasnya.
Diskaun saman trafik itu yang didakwa mencecah 70 peratus menjadi viral di laman-laman sosial sejak semalam.
Kononnya menyebut kompaun yang mempunyai waran tangkap atau disenarai hitam turut mendapat potongan sehingga RM140.
Manakala saman yang tidak disenarai hitam bernilai RM100 sehingga RM300 turut didakwa mendapat diskaun saman serendah RM70 bermula 15 September ini.
Advertisement