-->

Kenapa Melayu Tak Mahu Ambil Insuran?

Kenapa Melayu Tak Mahu Ambil Insuran?
Kenapa Melayu Tak Mahu Ambil Insuran?


Kenapa Melayu Tak Mahu Ambil Insuran?



Kenapa Melayu kalau di ajak masuk insuran..akan mencebik kan muka..akan lari kalau di dekati..akan bagi seribu macam alasan untuk tak nak masuk..

Bangsa lain..walau kaya mana sekalipun..mereka tetap akan suruh insuran bayarkan bil hospital mereka..betul tak..?? Satu bangsa cina or india, mempunyai insuran hospital or perlindungan diri yang banyak dari berbagai syarikat insuran..boleh pilih yang mana satu nak pakai kalau mereka di wadkan..

Satu bangsa melayu..mempunyai banyak kad kredit sampai tak tau nak pilih yang mana satu untuk nak kumpul hutang bertimbun...

Suatu hari nanti..kalau hospital kerajaan diswastakan, dan semua pesakit kena bayar sendiri..rasanya melayu akan mati kering kat rumah..tak ada duit nak bayar bil hospital..bangsa cina sedang bersantai di wad yang sejuk nyaman, tengok tv sambil menikmati makanan yang dihidangkan pagi petang siang malam.



Berikut adalah 5 Pertimbangan Sebelum Memilih Medical Card :

Kenalpasti Risiko Kita Sendiri

Untuk pilih medical card ni, saya bukan ikut bulat-bulat apa yang ejen propose. Tapi saya pilih berdasarkan risiko sebenar kami sekeluarga. Ejen propose ikut ‘standard’ pelan syarikat, tapi kita kena match keperluan kita sendiri. Ejen nak close sales jer sebab itu pendapatan mereka. Samada pelan tu ‘fit’ dengan keperluan kita, itu bukan masalah ejen. Masalah ejen mana-mana bisnes sekalipun ialah dapat close sales atau tak. Itu jer.

Jadi kita sendiri mesti bijak pilih produk. Bila ejen nak jumpa saya, saya cakap siap-siap, apa jenis cover yang saya nak, dan berapa jumlah setiap cover. Kalau ejen syorkan produk itu, produk ini yang tak kena dengan risiko saya, minta maaf, saya akan tolak ketepi. Kalau ejen syorkan SAVING, minta maaf, bagi saya satu kesilapan kalau saya simpan duit dalam takaful sebab saya akan rugi banyak untuk bayar “wakalah fee” berbanding nilai saving sebenar.

Untuk pilih medical card, ini antara faktor yang saya consider:

#1 – Harga Wad Sesuai Dengan Tempat

Harga wad yang kita pilih, mesti ‘match’ dengan kadar harga wad hospital area kita tinggal. Kalau ambil harga wad murah, kita cuma boleh masuk hospital-hospital yang lebih murah dan kualiti perubatan juga lebih rendah. Saya perhati, kalau duduk di Lembah Klang ni, harga wad RM250 sehari tu kira ok.

Kalau ambil harga wad cuma RM150, sedangkan harga wad sebenar RM250, maka kita kena bayar sendiri extra RM100 sehari. Kalau masuk wad 10 hari, maka kita kena keluarkan duit sendiri RM1,000!

Kalau cek harga bilik wad hospital KPJ (rangkaian hospital swasta terbesar di Malaysia), RM250 tu boleh dapat bilik single yang biasa, bukan premium. Persoalannya, perlu ke ambil bilik single? Meh renungkan point saya seterusnya.

#2 – Harga Wad Tahan Inflasi

Bagi saya, ambil harga wad single SEKARANG ini bukan soal luxury, tapi kita nak medical card kita bertahan lama. Kalau sekarang ni RM250 tu boleh dapat wad bilik single, cuba bayangkan 10 tahun atau 20 tahun akan datang, agak-agak bilik wad macam mana yang kita boleh duduk dengan harga RM250?!

Saya rasa kalau bernasib baik, 20 tahun akan datang harga tu cuma boleh duduk wad 4 katil jer. Silap-silap wad 4 katil pun masa tu harganya RM400 sehari. Kita kena top-up lagi RM150 sehari.

Cuba bayangkan siapa ambil medical card yang harga wad cuma RM150. Saya rasa 10 tahun akan datang, kad tu tak cukup untuk cover harga wad hospital-hospital di Lembah Klang. Nanti rugi jer bayar takaful.

#3 – Had Tahunan Yang Cukup

Masa saya kerja dulu, executive biasa company cover RM75,000 untuk hospital. Mungkin bagi company, jumlah tu cukup untuk keperluan perubatan sekarang. Itu sekarang… Agak-agak kalau ambil cover RM100,000, cukup tak cover kos perubatan lagi 10 atau 20 tahun akan datang? Jadi jangan ambil cover yang terlalu murah. Mahal sikit tak apa, tapi ia bertahan lama. Mungkin kita rasa bayaran hari ni mahal, tapi nilai yang kita bayar tu kita akan rasa kecil 10 tahun akan datang.

Untuk kami suami isteri, saya ambil cover tahunan sekitar RM165,000. Mudah-mudahan, 10 – 20 tahun akan datang kad ni masih relevan untuk cover at least sebahagian besar kos perubatan masa tu, insyaAllah.

#4 – Had Seumur Hidup Yang Besar

Had seumur hidup ni pun penting. Kalau ambil had tahunan RM100,000, tapi had seumur hidup cuma RM300,000, seolah-olah kad tu boleh pakai cuma 3 tahun kalau kita kena musibah. Dalam banyak-banyak takaful, yang paling menarik perhatian saya ialah Medical Card (stand-alone) AIA Takaful yang tiada had seumur hidup! Berbeza dengan medical card takaful lain yang boleh dikatakan semuanya ada had seumur hidup.

Yang mana penting, had tahunan atau had seumur hidup? Bagi saya, pertama sekali ialah had tahunan. Dan yang keduanya had seumur hidup.

Jangan keliru, ejen suka sangat sebut angka yang besar-besar. Contohnya medical card ni cover RM500,000. Biasanya, itu had seumur hidup. Kalau had tahunan cuma RM60,000 jer, kalau kita jatuh sakit, bila habis had tu, kita terpaksa keluar dari hospital swasta walaupun had seumur hidup masih berbaki RM440,000! Dan saya pernah ada kenalan yang terpaksa diberhentikan rawatan di hospital swasta sebab had tahunan dah habis! Jadi kena faham perkara ni kalau ambil Medical Card.

#5 – Harga Caruman Paling Sesuai

Dan yang terakhir, barulah consider caruman. Kesilapan ramai orang ambil takaful ialah dia fikir berapa caruman yang dia mampu bayar. Samada polisi yang dia ambil tu cukup cover atau tak, dia tak pernah ambil tahu. Yang dia tahu, dia dah cover RM500,000! Apa yang ada dalam RM500,000? Cover kemalangan diri? Cover sakit kritikal? Cover masuk wad hospital? Ataupun cover kematian dan kecacatan kekal? Itu semua jenis cover berlainan, dan harganya juga berlainan.

Jadi kalau sahabat ada polisi takaful, pergi buka balik polisi tu. Baca dan faham apa yang dia cover. Lepas tu nilai balik, kalau berlaku musibah, adakah polisi tu menyesaikan masalah sebenar atau pun tidak. Kalau tak selesai masalah sebenar, kira balik jenis cover apa yang anda perlu, dan berapa jumlah sebenar yang anda perlu. Lepas tu baru panggil ejen takaful untuk bagi quotion. Bukan sebaliknya.



Advertisement
==[ Click 2x to Close ]==