-->

Utusan Anwar kepada Najib

Utusan Anwar kepada Najib
Utusan Anwar kepada Najib

Utusan Anwar kepada Najib


DATUK SERI ANWAR IBRAHIM ketua umum PKR yang kini menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh. Kenyataan ini disampaikan melalui peguamnya.

Negara di dalam krisis ekonomi dan politik, namun kerajaan BN bagai tidak mampu atau tidak mahu mengambil tindakan yang tegas dan pantas.

Dakwaan berat terhadap perdana menteri di dalam skandal kewangan 1MDB telah ditambah dengan kejadian-kejadian terkini, termasuk pemecatan peguam negara dan gangguan yang jelas terhadap SPRM.

Akibatnya nilai mata wang ringgit telah merudum ke tahap yang amat rendah dan keyakinan pelabur terus hilang; ini akan mendatangkan kesan amat buruk terhadap kehidupan rakyat.

Namun Datuk Seri Najib Razak dan pentadbiran beliau kelihatan lebih mementingkan masa depan politik diri mereka sendiri berbanding masa depan negara.

Dengan tidak memberi penjelasan dan tidak mengambil tindakan yang pantas, seluruh kabinet dan BN terlibat dan bertanggungjawab di atas krisis ini.

Baca : Nazri 'gembira' ringgit jatuh 

Sejak merdeka malah sebelumnya lagi, begitu ramai rakyat patriot yang telah berkorban demi membina, mempertahan dan memakmurkan negara ini, termasuk angkatan tentera dan pasukan polis.

Adakah begini caranya Datuk Seri Najib dan konco-konconya membayar balik hutang budi itu? Dengan memacu negara menuju ke tebing kehancuran?

Saya menggesa semua parti dan pemimpin politik, dan para wakil rakyat, untuk mengetepikan perbezaan di kala krisis ini.

Ketengahkan kepentingan negara dan rakyat dan ketepikan perkiraan lain.

Dengan keberanian dan ketegasan, kita masih mampu mengatasi krisis ini, dan memulakan proses reformasi, mengembalikan demokrasi, dan menyelamatkan Malaysia.

Tapi kita tak punyai banyak masa, kita mesti bertindak segera.





Advertisement
==[ Click 2x to Close ]==