-->

Amaran bahaya dari gabenor negara

Amaran bahaya dari gabenor negara
Amaran bahaya dari gabenor negara


Amaran bahaya dari gabenor negara


Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz harus melakukan apa yang diharapkan daripadanya berhubung pendedahan Wall Street Journal yang mendakwa AS$700 juta dana 1MDB telah didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Dan jika Zeti tidak berhati-hati, kata bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim, beliau percaya reputasi kewangan negara akan menjadi lebih buruk dan menjadi satu bencana.

Ditanya sama ada Zeti bertanggungjawab ke atas perkara itu, Zaid menjawab sesungguhnya begitulah.

Menurut Zaid (gambar), adalah tidak boleh diterima apabila Bank Negara berdiam diri selepas semua pendedahan itu dibuat.


"Kita mempunyai nama yang baik dalam hal-hal kewangan setakat ini, dalam cara ia kita mengawal selia diri kita.

"Tetapi jika beliau (Zeti) tidak berhati-hati, ini akan menjadi bencana," katanya kepada Malaysiakini.

Oleh itu, beliau merasakan Zeti mestilah berterus terang dan profesional mengenainya.

"Itulah tujuannya beliau berada di situ," tambah Zaid.

Zaid mengulas sikap Bank Negara yang terus berdiam diri berikutan laporan WSJ yang mendakwa dana 1MDB didepositkan ke dalam akaun bank Najib.

sumber -malaysiakini


Advertisement
==[ Click 2x to Close ]==