-->

12 tanda suami sayang isteri macam BFF

12 tanda suami sayang isteri macam BFF
12 tanda suami sayang isteri macam BFF

12 tanda suami sayang isteri macam BFF

Sebelum kahwin, bila dengan sahabat baik (BFF), selalunya kepala kita gila-gila. Bila sudah berumahtangga, mungkin kena ‘control‘ ayu sedikit. Malu dengan suami.

Namun ada yang beruntung, suami dia pun tak berubah. Sama-sama saling melayan macam BFF.

Apakah tanda suami sayang isteri macam BFF?
Ini antaranya:

1. Lagi ‘best‘ lepak dengan dia

Anda lebih rela bersantai bersama suami anda daripada keluar bersama-sama rakan perempuan anda. Bersantai tanpa berbuat apa-apa dengan dia dirasakan lebih baik dari benda lain. Baring sama-sama atas sofa, sambil silangkan kaki atas kaki dia.

2. Tiada rahsia antara kita

Dia benar-benar memberitahu anda segalanya. Anda akhirnya mendengar segala rahsia untuk “lelaki sahaja” kerana dia tidak mahu menyorokkan apa-apa dari anda. Jarang nak jumpa lelaki yang pandai gossip.

3. Minat yang sama

Anda dan dia mempunyai hobi yang sama. Cinta Awak 200% adalah waktu istimewa yang anda kongsi dan tiada sesiapa pun yang boleh berkata-kata ketika menontonnya. Semua kena diam dan layan dengan penuh perasaan!

Bila rancangan bolasepak pula, anda sanggup bersengkang mata teman suami, walaupun di kedai mamak.

4. ‘Tapau‘ makanan tanpa beritahu

Anda saling memesan makanan untuk dimakan bersama. Jika anda memesan Mi Goreng dalam perjalanan pulang ke rumah, anda tidak perlu bertanya pada dia apa yang dia mahu (mi goreng mamak atau mi goreng basah atau Maggi goreng). Dia sudah tahu citarasa anda. Itulah cinta sejati.

5. Bila dekat, gaduh

Anda tidak perlu bersama-sama setiap saat tetapi anda lebih suka jika dia ada dekat dengan anda. Namun bila dekat, mesti ada benda nak gaduh. Dia mesti akan sakat anda sampai terjerit-jerit.

6. Bila jauh, rindu

Bila dah berjauhan, mulalah merindu. Jika anda keluar tanpa bersamanya, anda sering terfikir. Kalau dia ada, mesti kita gelak bersama-sama. Agak-agaknya dia tengah fikirkan aku atau pandang perempuan lain? Mulalah nak cari alasan untuk gaduh bila dia balik nanti.

7. Buat lawak bodoh

Anda mempunyai sangat banyak jenaka yang orang lain tidak faham. Kadang-kadang, orang sekeliling tidak dapat menangkap apa yang anda cuba katakan apabila anda dan suami ada bersama kerana anda sering ketawa pada perkara yang orang lain rasa biasa.

8. Boleh baca fikiran dia

Anda akan memandang dia dan anda tahu apa yang dia fikirkan. Begitu jua dengannya. Macam ada kuasa ‘psikik‘ la gitu. Macam tahu-tahu sahaja apa dalam kepala masing-masing. Apabila anda menghantar satu pandangan pada dia, dia tahu telah tiba masanya untuk meninggalkan sesuatu majlis. Tak perlu kuit kaki, pandang sahaja sudah tahu.

9. Bila ‘travel‘, tak pernah rasa bosan

Anda selalu mempunyai pengembaraan yang menarik bersama dia. Bila naik kereta bersama, mulalah terpekik terlolong menyanyi bersama-sama, ikut lagu dalam radio. Perjalanan berjam-jam jadi pendek kerana tak putus-putus berborak.

10. Saling nasihat-menasihati

Anda selalu mendapat nasihat antara satu sama lain. Dia tahu segala krisis yang anda hadapi dan begitu jua dengan anda. Bukan itu sahaja, malah dia turut mendengar masalah tersebut kerana anda berdua adalah seperti satu pasukan.

Tapi nasihat macam nak gaduh. Bila seorang lontarkan idea, mungkin akan tolak mentah-mentah dahulu. Esok barulah terima. Biasalah.

11. Susah senang bersama

Anda berdua telah mengalami waktu-waktu yang sukar bersama-sama. Setiap perhubungan sudah tentu membahagiakan ketika dipuncaknya, tetapi anda juga telah bertahan dalam beberapa situasi yang sukar. Pada saat itu, anda tahu dia tidak akan pergi ke mana-mana kecuali harungi bersama-sama.

Lawak-lawak juga, tapi bila serius, kena betul-betul serius.

12. Belum habis cakap, dia dah sambung

Anda saling menyudahkan apa yang bakal diperkatakan. Pelan dan strategi dia sudah ada alam tangan anda. Anda sudah tahu apa yang dia nak buat.



Akhir kata

Bertuahalah bagi sesiapa yang mempunyai pasangan hidup yang bukan sekadar suami isteri, malah bagaikan kawan baik. Semoga kepala gila-gila akan terus menyinari kehidupan berumahtangga. Cuma bila sudah ada anak nanti, kena tunjukkan nilai-nilai murni juga. Jangan asyik nak tunjuk kepala gila!

Yang penting, biarlah nampak tanda BFF, bukan nampak tanda suami curang.






Advertisement
==[ Click 2x to Close ]==